Saturday 6 August 2016

#1 Tentang Penulis

Teks: Muhaini Mahmud

Assalamualaikum,
Salam Perkenalan dan Persahabatan.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat saya mewujudkan blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold. Setelah sekian lama baru kini hasrat untuk memulakan blog tercapai dengan bantuan guru blog Puan Anys.

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama diberi Muhaini binti Mahmud. Anak kelahiran Kuala Langat, Selangor. Dipertemukan dengan cinta hati dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan dikurniakan 3 cahayamata, seorang puteri dan dua orang putera. Mendapat pendidikan tertinggi dari Universiti Sains Malaysia, di Kubang Kerian Kelantan dalam bidang Sains Kesihatan yang menjurus kepada bidang terapi pemakanan. Tanpa disedari, kursus yang diambil sememangnya dekat dengan diri ini. Sememangnya saya juga minat dalam bidang pemakanan dan kesihatan. Sehingga kini, walaupun masih berkerjaya dalam bidang terapi pemakanan, saya juga merupakan konsultan Qaseh Gold yang aktif.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pemakanan, kesihatan dan kecantikan, saya sering membaca buku-buku ilmiah dan motivasi serta majalah yang berkaitan makanan dan kesihatan. Insyaallah, dengan kewujudan blog ini, dapat kiranya saya berkongsi pengalaman, pengetahuan dan tips yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua.

No comments:

Post a Comment