Monday 8 August 2016

#2 Menuntut Ilmu Blog

Teks: Muhaini Mahmud

Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.

Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini, saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.

6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak. Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah, si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu. Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya. Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog
Kelas sedang berlangsung
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys
Bersama Team Qaseh

No comments:

Post a Comment