Friday 26 August 2016

#10 Idea Menulis

Teks: Muhaini Mahmud

Mungkin bagi yang memang mempunyai bakat, menulis itu "kacang" sahaja. Tapi pendapat peribadi saya sendiri menulis itu tidak semudah yang dijangka. Sekiranya ingin menjadi penulis yang bagus, bakat sahaja tidak mencukupi. Intipati di dalam penulisan perlulah menepati juga citarasa para pembaca. Kreativiti menulis juga perlu sentiasa diasah dari semasa ke semasa.

Selepas mengikuti kelas blog tempohari, kami diberikan tugasan untuk menulis #44 entri. Nampak sangat banyak bukan? Tujuannya adalah untuk melatih supaya sentiasa istiqamah dalam menerbitkan entri.
Ya, ianya agak sukar kerana kadangkala kekurangan idea untuk menulis. Tajuk sudah ada, namun isi-isinya tak kunjung tiba. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis dan menulis lagi. Semoga entri kali ini, dapat meningkatkan semangat untuk saya melengkapkan tugasan yang diberi.

Friday 19 August 2016

#9 Kelas Kreatif Editing

Teks : Muhaini Mahmud
Foto : Muhaini Mahmud
Baru-baru ini saya telah mengikuti satu kelas online iaitu Kelas Kreatif Editing yang mana pembelajaran melalui WhatsApp group. Ia telah dikelolakan oleh Cikpuan Siti Azurah. Walaupun bayaran komitmen yang dikenakan hanya serendah RM5 namun ilmu yang diperolehi sangat tidak ternilai. Sebelum kelas bermula, kami diminta untuk memuat turun beberapa aplikasi yang nantinya akan membantu dalam sesi editing.
Jika sebelum ini, saya hanya tahu untuk memasukkan perkataan atau nombor dalam gambar atau hanya menggunakan frame untuk gambar yang berbilang, tetapi setelah mengikuti kelas ini, gambar yang dihasilkan lebih menarik dan segar! Rupanya ia tidak lah sesukar yang disangka dan sangat cepat untuk disiapkan. Cuma perlu cari masa yg sesuai untuk menyiapkan.


Antara hasil photo editing:




Tuesday 16 August 2016

#8 Kebaikan Serat untuk Ibu Hamil

Teks: Muhaini Mahmud
Foto: Facebook Image

Bila sebut pasal kehamilan, masalah sinonim yg selalu dikaitkn selain anemia adalah sembelit sehingga ada yang menyebabkn masalah buasir. Setuju atau tidak saya katakan serat itu antara diet yang penting untuk ibu yg sedang hamil? Hal ini kerana serat berfungsi meningkatkan pergerakan usus dan seterusnya melancarkan sistem penghadaman makanan di dalam usus.
Saranan pengambilan serat adalah di antara 20-30g dlm sehari. Sumber2 yg diketahui umum adalah dari makanan berkarbohidrat seperti beras perang, oats, gandum mil penuh, barli selain daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi ada sesetengah wanita hamil tidak dapat memenuhi keperluan serat mereka.
Nak tahu tak sebenarnya ada alternatif yg mereka boleh ambil selain daripada makanan yg dinyatakan di atas iaitu Qaseh Gold Adinda / Premier. Ianys selamat untuk diamalkan oleh wanita yang sedang hamil. KENAPA? Kerana kandungan buah-buahan yang tinggi serat seperti  kurma, buah tiin, dan delima selain ia juga mengandungi al-manna atau arabic gum iaitu prebiotic yang baik untuk kesihatan usus...Prebiotik adalah makanan untuk probiotik iaitu bakteria baik dalam usus yang berfungsi menstabilkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pembiakan bakteria yg tidak baik serta membantu proses penghadaman dan penyerapan nutrient.
Nah..pilihan di tangan anda...amalkan pengambilan QasehGold untuk memgoptimakan kesihatan usus selain untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir ketika hamil.
Mudah, Murah dan Mujarrab

Monday 15 August 2016

#7 Rezeki untuk Anakku

Teks: Muhaini Mahmud

Entri ini dikarang semasa sedang mengepam susu untuk si comel Fahmi Armea Adha. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki untuk anakku yg baru mencapai usia 10 bulan. Titisan emas untuknya membesar dengan sihat dan cerdas. Perjalanan penyusuan masih berbaki 14 bulan lagi. Ya Allah, permudahkanlah....

Walaupun sekarang ni Fahmi sudah diberi makanan pejal, susu ibu tetap menjadi pelengkap diet hariannya. Saya menyediakan bubur yang dicampur sayur dan ayam yg dicincang atau ikan bilis yang dikisar. Perkenalkan juga dengan buah-buahan. Sekarang ni dia pun sudah pandai meminta makanan bila melihat kakak atau abangnya sedang makan. Gigi pun dah hampir 3 batang yang tumbuh. Sudah boleh merangkak sekeliling rumah dan sudah boleh meniti. Sedikit lagi untuk berjalan.
Tidak sabar pula nak berjumpa dengan budak comel ni...😍😍😍😍😍😍

Tuesday 9 August 2016

#4 Jom Makan Buah!

Teks: Muhaini Mahmud
Foto: Muhaini Mahmud 

Assalamualaikum
Sudah makan malam semua?
Alhamdulillah, kami anak-beranak sudah selesai makan malam. Lewat sedikit malam ni, 8.30 malam baru makan. Usai makan malam, kami nikmati pula buah-buahan segar. Malam ini, saya hidangkan buah naga dan buah oren. Bukan main suka lagi anak-anak makan. Bukan abang dan kakak saja yang makan. Saya cuba juga bagi adik rasa. Nampaknya dia lebih suka buah naga berbanding oren. Hihihi...

Sememangnya dari kecil lagi (bila sudah diperkenalkan dengan makanan pepejal) anak-anak telah dibiasakan dengan buah-buahan segar. Bila kita biasakan makan bersama-sama, anak-anak akan menyukai juga buah-buahan yang kita makan. Lagipun, buah-buahan kan kaya dengan vitamin dan mineral. Buah juga kaya dengan serat yang mana ianya bagus untuk sistem penghadaman. Kandungan zat di dalam buah juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan penyakit jantung. Untuk yang menurunkan berat badan, buah-buahan boleh dijadikan sebagai snek sihat untuk menggantikan makanan ringan atau junk food.

Monday 8 August 2016

#2 Menuntut Ilmu Blog

Teks: Muhaini Mahmud

Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.

Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini, saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.

6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak. Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah, si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu. Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya. Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog
Kelas sedang berlangsung
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys
Bersama Team Qaseh

#6 Kenali Ana Edar Sdn. Bhd.

Teks: Muhaini Mahmud
Sumber: Buku Maklumat & Testimoni Ana Edar Sdn. Bhd.

Rangkaian produk Ana Edar telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Osman bin Omar dan isteri beliau Puan Hajjah Esah binti Omar pada tahun 1983 untuk memenuhi keperluan pengguna dan ekonomi masyarakat Melayu Muslim pada ketika itu.

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Akta Jualan Langsung 1983 dan memiliki lesen Jualan Langsung yang sah (AJL93346). Ia merupakan syarikat milikan sepenuhnya oleh bumiputera islam.

Visi syarikat Ana Edar adalah untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti dengan moto "ANA Merubah Kehidupan". Misi syarikat Ana Edar pula tertumpu kepada dua unsur penting iaitu mengedarkan produk-produk yang halal, bermutu dan selamat yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup pengguna, dan memberikan peluang perniagaan yang praktikal, mudah dan lumayan bagi memperbaiki ekonomi diri dan keluarga. Syarikat melihat kedua-dua unsur ini amat penting dalam usaha memartabatkan kecemerlangan ekonomi ummah.

Kenali syarikat & pengasasanya, pasti kita akan lebih yakin dengan produknya.

#3 Kisah Qaseh

Teks: Muhaini Mahmud

Kisah Qaseh saya bermula dalam bulan Mei 2013. Pada masa itu, saya memang sedang tercari-cari milk booster. Tambahan ketika itu saya masih lagi menyusukan Fakhri Uzair Adha yang berusia setahun setengah. Niat di hati untuk anak yang kedua ini, nak sangat lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. Pada masa yg sama, saya juga mengamalkan kapsul habatussauda untuk 'tambah susu' niatnya.

Suatu hari, sedang saya melayari FB, saya ternampak posting Cikpuan Noor Hasyimah Idris berkenaan Qaseh Gold Adinda. Saya sangat kagum dengan beliau yang masih menyusukan anak juga dan pada masa yang sama hasil susu perahan juga sangat memberangsangkan. Saya mula terfikir, jika sekarang ini hanya ambil habatussauda saja tapi kalau Qaseh Gold Adinda ada banyak lagi bahan di dalamnya dan bukan saja habatussauda, ada kurma, madu, delima, buah tiin, dll yg rasanya kalau nk mkn satu-satu setiap hari memang tak termampu. Tambahan pula saya sedang berPJJ dengan suami yang mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Saya dan anak-anak pula di Kuala Terengganu. Siapa yang PJJ dgn 2 anak kecil yg aktif, mesti tahu macam mana rasa penatnya kan? Letih adalah antara masalah saya juga, sememangnya bila badan letih, penghasilan susu pun akan terganggu. Tanpa menunggu lama, saya terus sahaja menghubungi beliau dan bermulalah urusan jual beli. Saya  jenis yang tidak banyak sangat nak tanya :halal atau tidak, ada kelulusan KKM atau tidak. Melalui pembacaan dan perkongsian di FB, saya yakin ia produk yg bagus dan dijamin halal n selamat😉😉😉.

Mula-mula makan QasehGold ni, saya makan sehari sekali sahaja 😅😅😅. Kononnya sayannnggggg sangat sebab takut habis. Tapi bila saya baca semula post Cikpuan Noor Hasyimah, saya terfikir lagi: Hmmm.....kenapa selepas makan, tak rasa sama mcm yg beliau kongsikan? Rupa-rupanya saya makan tidak mengikut sukatan yang betul. Jadi, selepas itu saya pun ambil seperti yang dicadangkan. ALHAMDULILLAH, saya bersyukur sebab kesannya sangat positif. Masalah letih tu memang dapat diatasi. Waktu rehat tghari pun tidak terfikir nak landing kat mana-mana untuk berehat-rehat. Duduk rehat di kerusi pun sudah memadai 🙊🙊🙊🙊🙊
Oleh kerana manfaat yang cukup banyak dalam QasehGold ini membuatkn saya masih lagi amalkan sehingga kini. SEBAB? Ia membantu memudahkan saya mengamalkan makanan sunnah ini setiap hari. Qaseh bukan ubat. Qaseh ini gabungan minuman botanik daripada bahan-bahan yang terpilih yang telah dikaji khasiatnya. Saya yakin sebab saya sendiri pergi ke kelas sunnah food dan perunding kesihatan utk Qaseh juga adalah seorang Pengamal Perubatan.

Saturday 6 August 2016

#5 Kenangan Datang Mengusik

Teks: Muhaini Mahmud
Foto : Muhaini Mahmud

Rinduuu....itulah antara topik yang sering saya dan suami bualkan bila makan keropok lekor dari Terengganu. Hehehe....jangan silap faham ye. Sebenarnya rasa kerinduan suasana ketika kami memulakan kehidupan berkeluarga di sana. Banyak yang kami pelajari bila tinggal di perantauan yang jauh dari ahli keluarga.

Saya berpindah ke Terengganu pada hujung tahun 2009. Sebelum ini saya dan suami tinggal berjauhan atau istilah orang sekarang PJJ. Semasa berpindah ke Kuala Terengganu, anak sulung saya Nur Adilah Husna baru berusia 45 hari. Itulah detik kami membina kehidupan di negeri orang. Syukur Alhamdulillah, perjalanan sepanjang tinggal di sana dipermudahkan  walaupun ada juga ujian dan cabarannya (saya akan sambung cerita ini dalam entri akan datang).

Bercerita pasal keropok lekor, rasa keropok lekor yang ada di Terengganu memang sangat jauh berbeza dengan yang biasa saya makan di negeri kelahiran saya. Kita di sini merasakan keropok lekor yang agak liat itulah yang paling enak rasanya. Sekali bila cuba yang ada di sana, dengan rasa ikan yang banyak dan teksturnya agak lembut berbanding yang di sini, memang sedap sekali. Keropok lekor biasanya dijadikan snek minum petang ataupun dijadikan hidangan sampingan bersama mihun atau mee goreng. Tapi perlu diingat, makan dengan berpada-pada kerana kandungan kalorinya juga tinggi😉😉😉.

#1 Tentang Penulis

Teks: Muhaini Mahmud

Assalamualaikum,
Salam Perkenalan dan Persahabatan.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat saya mewujudkan blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold. Setelah sekian lama baru kini hasrat untuk memulakan blog tercapai dengan bantuan guru blog Puan Anys.

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama diberi Muhaini binti Mahmud. Anak kelahiran Kuala Langat, Selangor. Dipertemukan dengan cinta hati dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan dikurniakan 3 cahayamata, seorang puteri dan dua orang putera. Mendapat pendidikan tertinggi dari Universiti Sains Malaysia, di Kubang Kerian Kelantan dalam bidang Sains Kesihatan yang menjurus kepada bidang terapi pemakanan. Tanpa disedari, kursus yang diambil sememangnya dekat dengan diri ini. Sememangnya saya juga minat dalam bidang pemakanan dan kesihatan. Sehingga kini, walaupun masih berkerjaya dalam bidang terapi pemakanan, saya juga merupakan konsultan Qaseh Gold yang aktif.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pemakanan, kesihatan dan kecantikan, saya sering membaca buku-buku ilmiah dan motivasi serta majalah yang berkaitan makanan dan kesihatan. Insyaallah, dengan kewujudan blog ini, dapat kiranya saya berkongsi pengalaman, pengetahuan dan tips yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua.